Monday, April 4, 2016

Collagen

Fungsi Collagen Kepada 
Tubuh Manusia




1. Kulit

Menurut Dr. Eric F. Bernstein, U of Pennsylvania, School Of Medicine, collagen membentuk kira-kira 80% daripada berat kering kulit kita. Collagen memberikan struktur kepada kulit, dan bekerjasama dengan elastin, untuk membolehkan kulit mempunyai fleksibiliti meregang dan kembali kepada bentuk asal.







2. Tulang

Tulang terdiri daripada campuran collagen dan mineral dipanggil hydroxyapatite. Kerjasama antara kedua-dua bahan ini membentuk fleksibiliti, struktur dan kekuatan tulang kita. Menurut penyelidikan oleh Makmal Radiokarbon, Uni Wikato di NZ, 30% daripada tulang terdiri daripada bahan organik di mana Collagen membentuk 95% daripada tulang kita.



Struktur Tulang



Struktur Tulang Rawan (Cartilage)




3. Otot

Gentian collagen menyediakan struktur yang kuat untuk kita bergerak dan berfungsi sepanjang hari. Gentian collagen bukan sahaja membentuk gentian otot rangka malah menyokong otot lembut seperti dalam pundi kencing dan sistem pembiakan serta jantung kita.





4. Salur Darah

Collagen membentuk dinding arteri, urat dan kapilari dalam badan. Ini mampu memberikan kekuatan, struktur dan fleksibiliti salur darah yang kuat, yang diperlukan untuk mengangkut darah ke seluruh tubuh kita.



bedz.amir.013.435.1903
#bbplus
#collagen
#ikanlautdalam
#RasaRibena

No comments:

Post a Comment